Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Jubli Bukit Aup
Taman Jubli Bukit Aup yang terletak 10 km dari bandar Sibu, Sarawak adalah tempat untuk riadah dan rekreasi. Taman yang telah memenangi pertandingan National Landscaping Competition (1998) telah dibuka kepada orang awam pada Mac 1993. Taman tersebut dibuka dari Jam 8 pagi sehingga jam 6 petang dan sesuai untuk para penduduk dan pelancong menikmati pemandangan sekitar Sibu dan Sungai Igan. Taman Jubli Bukit Aup yang mempunyai keluasan sekitar 24 ekar dan ketinggian setinggi 59 meter ini sangat sesuai untuk pusat pelancongan. Di sini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta bagi tujuan rekreasi.
Bandong Walk
Bandong Walk adalah tempat peniaga – peniaga kecil di sekitar Kg Bandong menjalankan perniagaan. Antara produk yang dijual di sini adalah makanan dan pakaian.
Foodcourt Bandong
Food Court Bandong adalah tempat bagi penduduk menjamu selera pada waktu malam. Kedai makan di sini dibuka dari jam 6 petang sehingga 12 tengah malam. Pelbagai jenis makanan tempatan boleh didapati di sini.
Sibu Heritage
Sibu Heritage adalah sebuah muzium yang mempamerkan sejarah Sibu. Pelbagai kraftangan boleh didapati di sini.