Kemudahan Awam
Klinik 1Malaysia
Klinik 1Malaysia yang terletak bersebelahan dengan Pusat Khidmat DUN Nangka memudahkan penduduk menikmati perkhidmatan kesihatan.
Dewan Kelab Melayu (MUC)
Dewan Kelab Melayu yang juga dikenali sebagai dewan serbaguna biasanya digunakan untuk majlis perkahwinan dan sukan badminton.
Dewan Sepak Takraw
Dewan Sepak takraw yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet biasanya digunakan untuk bermain sepak Takraw dan tempat komuniti berkumpul sekiranya ada majlis atau keramaian.
Surau Darul Islam
Surau Darul Islam disediakan untuk penduduk kampung Bandong beribadat.