Kelas Asas Microsoft Word Kumpulan 1

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2020, Jumaat, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word bagi Kumpulan 1 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang dewasa yang terdiri daripada surirumah dan pelajar lepasan SPM.

Antara pengisian kelas adalah penggunaan ilustrasi dalam Microsoft Word seperti gambar, objek, wordArt dan SmarArt. Peserta diberikan latihan membuat risalah untuk menguji pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan bahaya penipuan kewangan dan cara untuk mengenalpasti dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan yang melibatkan kerugian wang ringgit yang sering berlaku pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali