Kelas Asas Microsoft PowerPoint, Excel dan Internet

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020, Sabtu, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint, Excel dan Internet bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang belia lepasan SPM.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta didedahkan dengan penggunaan Animation dan Transition dalam slaid perbentangan. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan internet untuk mencari maklumat, penggunaan Google Map dalam mencari lokasi sesuatu tempat dan dan cara mencari video dalam Youtube. Pada sebelah petang pula, peserta dibimbing cara membuat asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, peserta juga diberi latihan membuat asas pengiraan berdasarkan data yang telah diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali