PROGRAM ADVOKASI & PENGENALAN EKELAS SK BANDARAN SIBU NO. 3

24 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2019, Rabu, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama Pusat Interenet Bawang Assan dan Rantau Panjang telah mengadakan Program Advokasi & Pengenalan eKelas di SK Bandaran Sibu No. 3. Program ini bermula dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang bertempat di Makmal Komputer sekolah tersebut. Seramai 76 orang pelajar Tahun 6 dan 5 orang cikgu yang menyertai program ini.

Program yang diadakan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan eKelas, Portal eKelas dan eCikgu, Taklimat Advokasi seperti Buli Siber, Penyebaran Maklumat Palsu, Berkongsi secara berlebihan dan Panggilan Palsu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenal Program eKelas kepada Pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR hujung tahun ini serta memberi bimbingan cara untuk menjadi pengguna internet yang berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali