Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi Pasca PT3 SMK Sungai Merah Sibu

19 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2019, Isnin, Pusat Internet (PI) Kampung Bandong dengan kerjasama PI PI Rantau Panjang telah menjalankan Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi untuk pelajar Tingkatan 3 di SMK Sungai Merah, Sibu. Seramai 67 orang pelajar dan 2 orang guru yang telah menghadiri taklimat tersebut yang bermula dari jam 10:30 am sehingga jam 12.30 pm di bertempat di Bilik Kaunseling SMK Sungai Merah, Sibu. Antara pengisian program adalah pengenalan kepada Pusat Internet, Program Advokasi dan kuiz advokasi. Topik-topik yang dikongsikan adalah Perkongsian secara Berlebihan, Penyebaran Maklumat Palsu dan Buli Siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali