Orientasi Ekelas Sesi 2019 Minggu Pertama

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 hingga 19 Januari 2019 yang lepas, sesi orientasi minggu pertama untuk pelajar eKelas 2019 telah diadakan di Pusat Internet Kg. Bandong. Seramai 38 orang pelajar yang telah menghadiri sesi tersebut yang tediri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Para pelajar menghadiri sesi tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu mengikut kelas masing-masing.

Antara pengisian yang dijalankan ialah sesi taklimat tentang Program eKelas , kelas tutorial dan pengenalan kepada portal eKelas. Para pelajar juga diperkenalkan dengan aktiviti-aktiviti menarik eKelas yang telah diadakan oleh Maxis sepanjang tahun 2018 dan aktiviti eKelas yang bakal diadakan untuk tahun 2019. Sesi orientasi ini bertujuan untuk memudahkan pelajar eKelas memahami konsep pembelajaran eKelas dan diharap para pelajar dapat memanfaatkan program ini sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali