Kelas Asas Microsoft Word

4 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2019, Selasa, Pusat Internet Kg Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang belia. Peserta didedahkan dengan cara menggunakan Microsoft Word serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word. Peserta juga diberikan latihan untuk menguji tahap pemahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari sepanjang kelas berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali