Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Penilaian Microsoft Office

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2019, Ahad yang lepas, seramai 2 orang belia telah menghadiri kelas Asas Microsoft Powerpoint dan penilaian Microsoft Office bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong bermula pukul 10:00 pagi sehingga pukul 5:00 petang. Para peserta didedahkan dengan asas dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint dan cara membuat slaid perbentangan.

Selain itu, para peserta juga menduduki penilaian Microsoft Word, Excel serta Powerpoint untuk menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari. Pelajar juga dikehendaki membentangkan hasil kerja iaitu slaid perbentangan yang telah dibuat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali