Kelas Asas Microsoft Excel

10 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember 2019, Isnin, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel yang bermula dari pukul 1:00 tengah hari sehingga pukul 4:00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah.

Peserta dibimbing membuat pengiraan ringkas menggunakan Microsoft Excel. Latihan diberikan bagi memantapkan lagi pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari. Diharap dengan perkongsian ilmu ini membantu peserta dalam apa jua kerja yang berkaitan dengan penggunaan Microsoft Excel pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali