Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi Pasca UPSR SK Agama Sibu

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2019, Jumaat, Pusat Internet (PI) Kampung Bandong dengan kerjasama PI Bawang Assan dan PI Sibujaya telah menjalankan Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi untuk murid-murid Tahun 6 di SK Agama, Sibu. Seramai 75 orang pelajar yang telah menghadiri taklimat tersebut yang bermula dari jam 8:00 am sehingga jam 10:00 am di bertempat di Dewan SK Agama Sibu. Antara pengisian program adalah pengenalan kepada Pusat Internet, Program Advokasi dan kuiz advokasi. Topik-topik yang dikongsikan adalah Oversharing, Maklumat Palsu, Buli Siber dan Panduan Keselamatan Komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali