Kelas Asas Microsoft Office Word

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2018, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Kg.Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word di Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas disertai oleh seorang pelajar lepasan PT3 dan diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Antara pengisian kelas ialah pengenalan kepada pusat internet dan fungsinya, pengenalan kepada Asas Microsoft Word serta penerangan ringkas tentang eWaste. Para peserta diberi tugasan menyiapkan latihan bagi mengetahui tahap pemahaman terhadap perkara yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali