Kelas Asas Komputer Dan Advokasi

04 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Advokasi yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan pada hari Jumaat bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi. Seramai 4 orang peserta dari PESARA Sibu yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada komputer dan cara penggunaannya.

Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan Pusat Internet dan peranannya kepada komuniti setempat. Diselitkan juga taklimat ringkas Advokasi yang merangkumi Program eSisa Mudah Alih, Cek Label Anda dan Klik Dengan Bijak. Diharap apa yang disampaikan dapat diaplikasikan dan berguna kepada peserta-peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali