Kelas Asas Microsoft PowePoint Kumpulan 1

1 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2020, Jumaat, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint bagi Kumpulan 1 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang dewasa yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan seorang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan cara membuat slaid perbentangan yang mudah. Peserta diberikan latihan membuat slaid perbentangan untuk menguji pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan portal SEBENARNYA.MY dan fungsinya. Melalui portal tersebut, para peserta dapat mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat yang tular di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali