Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet Kumpulan 2

13 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2020, Rabu, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet bagi Kumpulan 2 yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang belia lepasan SPM.

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan cara memasukkan media, animation dan transition ke dalam slaid perbentangan. Peserta juga didedahkan dengan cara menggunakan Google Map dan Youtube. Selain itu, perkongsian tentang topik penipuan kewangan atas talian juga didedahkan. Peserta dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membuat pembelian atas talian agar tidak mudah terjebak dengan penipuan jual beli di internet. Diharap dengan perkongsian ini, para peserta dapat berwaspada semasa berada di atas talian dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan jenayah siber tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali