Kelas Asas Microsoft PowerPoint Kumpulan 2

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2020, Sabtu, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint bagi Kumpulan 2 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang dewasa.

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan cara membuat slaid perbentangan yang mudah. Peserta diberikan latihan membuat slaid perbentangan untuk menguji pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan program Cek Label Anda melalui tayangan video. Melalui tayangan video tersebut, para peserta mengetahui kepentingan menyemak logo MCMC pada peranti elektronik yang hendak dibeli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali