Kelas Asas Microsoft Excel dan Penilaian Microsoft Office

23 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel dan Penilaian Microft Office bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Pada sebelah pagi, peserta didedahkan dengan asas pengiraan dan membina carta dengan menggunakan Microsoft Excel.

Peserta diberikan latihan untuk meningkatkan lagi pemahaman mereka terhadap penggunaan aplikasi Microsoft Excel. Pada sebelah petang pula, peserta diberi masa untuk menjawap penilaian. Penilaian ini bertujuan untuk menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang sesi kelas komputer. Akhir sekali, peserta diberikan sijil penyertaan selepas selesai menjawab penilaian tersebut dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali