Kelas Asas Microsoft Excel Kumpulan 2

14 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Februari 2020, Khamis, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel bagi Kumpulan 2 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang belia lepasan SPM.

Antara pengisian kelas adalah asas pengiraan dalam menggunakan Microsoft Excel dan membuat laporan kewangan bulanan. Para peserta juga berpeluang mempelajari cara membina carta bar menggunakan data yang disediakan. Selain itu, topik ringkas tentang tip keselamatan komputer juga dikongsikan. Para peserta dinasihatkan agar menggunakan kemudahan komputer sebaiknya dan selalu mengemaskini aplikasi di dalam komputer mahupun telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali