Kelas Asas Microsoft Excel Kumpulan 1

7 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2020, Khamis, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel bagi Kumpulan 1 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang dewasa yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan seorang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah asas pengiraan dalam menggunakan Microsoft Excel dan membuat laporan kewangan bulanan. Para pserta juga berpeluang mempelajari cara membina carta bar menggunakan data yang disediakan. Selain itu, perkongsian tentang topik eSisa Mudah Alih juga dikongsikan. Melalui perkongsian ini, para peserta mengetahui kepentingan dan faedah program eSisa Mudah Alih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali