Kelas Advokasi Buli Siber dan Oversharing

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020, Jumaat, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi Buli Siber dan Oversharing bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 11 orang kanak-kanak.

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada program advokasi dan perkongsian topik buli Siber. Peserta didedahkan dengan kesan buli siber dan cara membendung perilaku buli siber. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kesan berkongsi maklumat secara berlebihan dan maklumat –maklumat yang tidak perlu dikongsikan di media sosial.Diharap dengan adanya kelas sebegini dapat memupuk kesedaran dalam diri peserta supaya menggunakan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali