Misi Digital Portal eKelas

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2019, Sabtu yang lepas, seramai  22 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah mengikuti Misi Digital Portal eKelas bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Program bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Para pelajar diberi tugasan untuk menghias Pusat Internet bertemakan Hari Raya dan Hari Gawai. Tugasan ini adalah kategori Pusat Internet di mana semua pelajar perlu bekerjasama dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Selesai tugasan, para pelajar perlu memuat naik gambar hiasan yang telah dibuat ke Portal eKelas untuk diadili. Hadiah akan diberikan kepada Pusat Internet Terbaik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali