KELAS ASAS MICROSOFT EXCEL 2013

28 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2019, Ahad, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel 2013 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari pukul 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.

Kelas tersebut dihadiri oleh seorang pelajar lepasan SPM. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Excel dan cara pengiraan ringkas menggunakan Microsoft Excel 2013.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali