Kelas Asas ICT dan Advokasi

23 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2019, Jumaat, Pusat Internet (PI) Kampung Bandong telah mengadakan Kelas Asas ICT dan Advokasi yang bertempat di bilik latihan PI Kg. Bandong. Seramai 5 orang pelajar yang telah menghadiri kelas tersebut yang bermula dari jam 2:00 pm sehingga jam 4.00 pm. Antara pengisian program adalah pengenalan kepada Pusat Internet, Program Advokasi, dan ICT Word Search serta ICT Puzzle atas talian.

Selain itu, para peserta juga diberikan kuiz ICT bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari. Antara topik yang dikongsikan adalah eSisa, Cek Label Anda, Perkongsian secara Berlebihan, Penyebaran Maklumat Palsu dan Buli Siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali