Kelas Asas Microsoft Word

20 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2019, Khamis, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi bertempat di Bilik Latihan PI Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah.

Peserta dibimbing dengan penggunaan ilustrasi seperti gambar, bentuk dan SmartArt dalam Microsoft Word. Setelah itu, peserta diberikan latihan membuat risalah iaitu dengan memasukkan ilustrasi yang telah dipelajarai bagi mencantikkan lagi risalah yang dihasilkan. Diharap dengan perkongsian ilmu ini membantu peserta dalam apa jua kerja yang berkaitan dengan penggunaan Microsoft Word dan ilustrasi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali