Kelas Asas Microsoft Word

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2019, Ahad, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word yang bermula dari pukul 1:00 petang sehingga pukul 2:00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah.

Peserta dibimbing membuat risalah dengan menggunakan Microsoft Word. Penggunaan ilustrasi dalam Microsoft Word bagi mencantikkan lagi risalah juga didedahkan. Diharap dengan perkongsian ilmu ini membantu peserta dalam apa jua kerja yang berkaitan dengan penggunaan Microsoft Word pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali