Kelas Asas PowerPoint

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2019, Sabtu, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas PowerPoint yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di PI Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah. Peserta didedahkan dengan asas penggunaan PowerPoint.

Pada kali ini, peserta didedahkan dengan cara membuat Maze Game. Setelah selesai membuat Maze Game, mereka bepeluang mencuba sendiri permainan yang telah mereka reka. Para peserta berpeluang belajar ilmu baru dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali