Kelas Asas Microsoft Word 2013

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019, Ahad yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word 2013 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang yang terdiri daripada suri rumah dan pekerja swasta.

Kelas ini merangkumi aktiviti seperti asas Microsoft Word serta cara memasukkan objek, gambar dan jadual dalam dokumen word. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan internet yang betul dan berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali