Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Kumpulan 4

27 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2019, Isnin, Pusat Internet Kg Bandong dengan kerjasama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word Kumpulan 4 yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 4:30 petang. Seramai 10 orang kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang menyertai kelas tersebut.

Para peserta didedahkan dengan asas komputer seperti pengenalan kepada papan kekunci dan asas menaip. Mereka juga didedahkan dengan cara membuat risalah dengan menggunakan Microsoft Word serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali