Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Internet bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Kumpulan 4

29 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2019, Rabu, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Internet yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 3:30 petang. Seramai 10 orang kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang menyertai kelas tersebut.

Para peserta didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Powerpoint seperti cara membuat slaid perbentangan dan cara memasukkan ilustrasi dan animasi ke dalam slaid. Selain itu, mereka juga didedahkan cara penggunaan internet yang betul, emel dan Youtube. Latihan Asas ICT pada kali ini turut diserikan lagi dengan lawatan daripada Ketua Jabatan Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Encik Justani bin Haji Junaidi. Beliau turut memberikan cenderahati untuk Pusat Internet Kg. Bandong Sibu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali