Kelas Asas Internet dan Advokasi

11 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2019, Selasa, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Internet dan Advokasi yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan PI Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Antara topik yang dikongsikan ialah Klik Dengan Bijak, eSisa Mudah Alih dan Cek Label Anda. Para peserta juga didedahkan dengan penggunaan Google Maps untuk mencari lokasi dan menentukan masa dan jarak lokasi yang dituju. Selain itu, para peserta juga berpeluang mencari perkataan-perkataan ICT menggunakan Word Search menggunakan laman web Proprofs.com

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali