Kelas Asas Komputer dan Internet

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2019, Ahad, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Internet yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 4:00 petang bertempat di PI Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Peserta didedahkan dengan komponen-komponen komputer dan fungsinya, kebaikan dan keburukan komputer, asas internet serta faedah dan bahaya penggunaan internet. Diselitkan juga aktiviti Word Search secara atas talian. Para pelajar berpeluang mempelajari ilmu baru dan diharap kelas sebegini dapat memanfaatkan lagi cuti sekolah mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali