Kelas Asas Microsoft Excel bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Kumpulan 4

28 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2019, Selasa, Pusat Internet Kg Bandong dengan kerjasama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel Kumpulan 4 yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 4:30 petang. Seramai 10 orang kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang menyertai kelas tersebut.

Para peserta didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Excel seperti cara pengiraan yang mudah dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya. Mereka juga didedahkan dengan cara membuat belanjawan bulanan, rekod keahlian dan permarkahan pelajar dengan menggunakan Microsoft Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali