Kelas Asas Microsoft Excel

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2019, Ahad yang lepas, seramai 3 orang belia telah menghadiri kelas Asas Microsoft Excel bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong bermula pukul 10:00 pagi sehingga pukul 4:00 petang. Para peserta didedahkan dengan asas dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Selain itu, para peserta juga dibimbing dalam cara membuat pengiraan ringkas yang melibatkan operasi tambah, tolak, bahagi dan darab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali