Kelas Bahasa Inggeris

9 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2019, Jumaat, Kelas Bahasa Inggeris telah dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas tersebut bermula pada pukul 2:00 petang dan berakhir pada pukul 3:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembelajaran tentang tatabahasa. Para pelajar juga didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali