eKelas Bahasa Inggeris Minggu 10

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2019, Jumaat yang lepas, seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas tersebut bermula pada pukul 3:00 petang dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sesi pembelajaran berjalan lancar dan pelajar seronok belajar melalui komunikasi dua hala melalui aplikasi zoom.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali