Taklimat Keselamatan Siber Dan Advokasi SK St. Mary, Sibu

9 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2019, Jumaat, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi di SK St.Mary yang mensasarkan seramai 48 orang murid-murid Tahun 5 sekolah tersebut. Program ini bermula dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi yang bertempat di Bilik Mesyuarat SK St.Mary, Sibu.

Taklimat ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada Pusat Internet, Pengenalan Program Advokasi dan taklimat keselamatan siber seperti Buli Siber, Penyebaran Maklumat Palsu dan berkongsi secara berlebihan. Peserta juga diperkenalkan dengan program eSisa Mudah Alih. Taklimat ini mendapat respon positif daripada guru-guru SK St. Mary dan peserta juga memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang taklimat berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali