Taklimat Keselamatan Siber Dan Advokasi Smk Sibujaya

19 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2019, Isnin, Pusat Internet PPR Sibujaya telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi di SMK Sibujaya dengan kerjasama Pusat Internet Bawang Assan dan Pusat Internet Kg. Bandong. Program ini bermula dari pukul 12:00 tengahari hingga 2:00 petang yang bertempat di dewan sekolah tersebut.

Seramai 872 orang pelajar sesi petang yang melibatkan Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 menyertai program ini. Program yang diadakan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan Program Advokasi dan taklimat keselamatan siber seperti Buli Siber, Penyebaran Maklumat Palsu, Berkongsi secara berlebihan, Online Grooming dan Panggilan Palsu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan cara untuk menjadi pengguna internet yang berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali