KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE WORD

4 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2018, Isnin yang lalu, Pusat Internet Kg.Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft  Word di Pusat Internet Kg. Bandong. Seramai 4 orang peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan selama 3 jam bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari.

Antara pengisian kelas ialah pengenalan kepada pusat internet dan fungsinya, pengenalan kepada Asas Microsoft Word serta penerangan ringkas tentang eWaste. Para peserta diberi tugasan menyiapkan latihan bagi mengetahui tahap pemahaman terhadap perkara yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali