Kelas Asas Microsoft Word 2013

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word 2013 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Seramai 3 orang peserta yang mengikuti kelas tersebut.

Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Word serta cara memasukkan objek, gambar dan jadual dalam dokumen word. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan internet yang betul dan bahaya jenayah internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali