Kelas Pengenalan Kepada Asas Komputer Dan Menaip

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Pengenalan Kepada Asas Komputer dan Menaip yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Seramai 2 orang peserta yang mengikuti kelas tersebut iaitu pelajar lepasan UPSR dan PT3.

Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada komponen-komponen komputer dan sistem operasi. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada asas menaip dengan menggunakan Notepad dan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali