Lawatan Sambil Belajar SK Pendidikan Khas Sibu

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2018, Jumaat yang lalu, SK Pendidikan Khas telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Internet Kg. Bandong. Seramai 7 orang murid-murid dan 4 orang guru yang terlibat dalam lawatan tersebut. Lawatan ini diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi.

Antara pengisian ialah pengelanalan kepada Pusat Internet, pendedahan kepada asas Microsoft Office Word dan Powerpoint. Selain itu, para peserta juga membuat latihan menaip dan membuat slaid pembentangan. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali