Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Internet Kg. Bandong Siri 2

24 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mei 2018, Rabu, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar Siri 2 ke PUSAT INTERNET Kg. Bandong bersama Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Nangka Bandong dan Abang Barieng Sibu. Seramai 20 orang kanak-kanak tabika yang menyertai lawatan tersebut dengan diiringi oleh 2 orang guru pengiring bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi.

Antara aktiviti yang diadakan selama dua jam ini ialah Sesi Suai Kenal, Pengenalan PUSAT INTERNET , Pengenalan kepada komputer, Pembelajaran ABC secara atas Talian, Menyanyi dan Aktiviti Mewarna. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tabika tentang pengetahuan berkaitan teknologi maklumat di samping memberi pengalaman baru kepada mereka untuk mengenal dunia ICT dan komputer serta cara penggunaannya. Mereka juga didedahkan kaedah pembelajaran baru iaitu e-Learning seperti mengenal ABC secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali