Kelas Asas Microsoft Word

30 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2018, Ahad, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word 2013 yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Bandong. Kelas ini bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Seramai 6 orang peserta dari golongan belia yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Word 2013 dan cara menggunakannya dengan betul. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan program Klik Dengan Bijak dan Maklumat Palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali