Kelas Asas Microsoft Office Word

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2018, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Kg.Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word di Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas disertai oleh seorang pelajar lepasan PT3 dan diadakan selama 1 jam bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi.

Antara pengisian kelas ialah mendedahkan peserta dengan ilustrasi dan jadual dalam Microsoft Word. Melalui latihan yang diberikan, peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali