Kelas Asas Microsoft Word

06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan pada hari Ahad bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Seramai 4 orang peserta dari PESARA Sibu yang mengikuti kelas tersebut.

Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Word dan latihan menaip. Para peserta berpeluang untuk menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali