Kelas Asas Microsoft Powerpoint 2013

06 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2018, Rabu, Pusat Internet Kg.Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Powerpoint 2013 di Pusat Internet Kg. Bandong. Seramai 3 orang peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan selama 3 jam bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari.

Antara pengisian kelas ialah Pengenalan asas Microsoft Powerpoint 2013 dan serta fungsi-fungsi yang terdapat didalam Powerpoint. Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan slid pembentangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali