Kelas Asas Microsoft Powerpoint

06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Powerpoint yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan pada hari Ahad bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang . Seramai 4 orang peserta dari PESARA Sibu yang mengikuti kelas tersebut.

Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan membuat slaid perbentangan. Para peserta berpeluang untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dengan cara yang betul dan berjaya membuat slaid perbentangan masing-masing dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali