Kelas Asas ICT Dan Taklimat Advokasi

09 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas ICT dan Taklimat Advokasi yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 5:30 petang. Seramai 9 orang peserta yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada komputer dan asas Internet serta asas penggunaan Microsoft Word dan Powerpoint.

Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan Pusat Internet dan peranannya kepada komuniti setempat. Diselitkan juga taklimat ringkas Advokasi yang merangkumi Program eSisa Mudah Alih, Cek Label Anda dan Klik Dengan Bijak. Diharap apa yang disampaikan dapat diaplikasikan dan berguna kepada peserta-peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali