Kelas Asas Microsoft Excel

30 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2018, Ahad, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel 2013 yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Bandong. Kelas ini bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang.

Seramai 6 orang peserta dari golongan belia yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Excel 2013, cara penggunaan formula asas serta cara menggunakannya dengan betul. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan Program Check Your Label dan Mobile E-Waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali