Kem Cuti Sekolah Ekelas Maxis

24 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 hingga 23 November 2018, pihak eKelas Maxis telah mengadakan Kem Cuti Sekolah eKelas yang bertempat di Kuala Lumpur. Seramai 100 orang murid yang dipilih dari seluruh Pusat Internet yang mempunyai eKelas dibawah selian Maxis untuk mengikuti kem ini. 3 orang murid daripada peserta kem tersebut adalah dari Pusat Internet Kg. Bandong, Sibu iaitu Faisal (Tingkatan 2), Farhana dan Tie Chuen Ru (Form 3).

Antara aktiviti yang diadakan semasa Kem Cuti Sekolah ini adalah Telematch, Sesi berjumpa cikgu-cikgu eKelas, Lawatan ke UKM (Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Pendidikan), Lawatan ke Menara Maxis dan Petrosains serta pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan. Kem ini diadakan untuk memberi motivasi kepada pelajar eKelas untuk sentiasa mengikuti eKelas dan memupuk semangat belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali